Friday, December 16, 2011

belajar untuk cuba ber'solamatu sodri'

hati begitu sinonim dengan jolokan raja diri.
ia sangat-sangat sensetive
dan...
mudah-mudah tersentuh.
berlapang dada?
tentu sangat-sangat biasa bagi setengah orang.
tapi agak sedikit susah untuk dipraktikkan oleh insan seperti aku.
kerana mungkin diwaktu dahulu, hati ini jarang disakiti.mungkin juga hati ini sangat keras disakiti. atau mungkin ianya seperti 'cahaya' yang boleh memantul dan dipantulkan.

namun kini. hati ini seakan-akan seperti 'span'. cepat sahaja menyerapkan perasaan 'terasa' dalam hati. mungkin juga sistem 'pantulan ' tue sudah tidak dapat menanggung pantulan 'terasa' yang terlampau, sehinggakan berubah laksana 'span'. huhu.

namun, insan-insan yang rapat selalu memberi bimbingan yang membina. mahu kembalikan 'span' menjadi 'pemantul' mungkin. hehe.



solamatu sodri... itulah pilihan ct skang. terima apa jua yang mendatang dengan berlapang dada...

teringat pula isi kandungan Al-Ma'tsurat yang sering terlafaz...

'...Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...sehingga ke akhir ayat... surah Al-Baqarah :286


dalam apa jua tindakan sasarkan Allah sebagai matlamat utama... i'allah segala perkara yang didasari kerana Allah, sangat manis kenikmatan di pengakhirannya.

nafas baru

assalamualaikum...

Ya Allah, lamanya x mencoretkan sesuatu dekat blog nie. terlalu lama dan lama... hinggakan password blog nie pun ct dah ingat-ingat lupa.
kekadang rasa 'ketinggalan' pun ada. isu-isu semasa skang pun xtau sangat. nak cakap xtau langsung tue xla jgak. tapi untuk 'master' tue xla.huhu

jap tadi, ct duk intai-intai blog owg... wow, there are very intresting blog that i see, not like mine. macam mana yek, nak bagi cantik , bermanfaat dan segar cam blog2 dworang? wait...wait. kenapa ct letakkan cantik tue pada angka sebutan pertama? adakah owg menilai blog tue pada cantiknya jew? atau... pada tahap bermanfaatnya ilmu-ilmu yang cuba disampaikan oleh para blogger?
ayyoo..
kene tukar statement nie...

Sunday, September 26, 2010

Sebuah Pertemuan

Friday, July 9, 2010

kamu masih dihatiku

kawan....

di saat ini, hati seakan meronta,

terbayang di ruangan minda,

satu persatu, wajah-wajah,

mereka yang pernah digelar kawan...

dalam kamus hidupku,




seketika,

hati terpesona sendirian..

tatkala teringat senda dan gurauan,

yang melingkari ruangan hati satu ketika dulu...


tapi, kini....

semuanya seakan satu mimpi yang ngeri buat kita...

kerana 'perkara itu'....

semuanya sudah tawar bagi kita...

ku tahu,


kita semua masih sayangkan persahabatan ini,

tapi, ada jurang yang memisahkan kita...

kalamana, hati dahagakan belaian seperti dulu,

ada rasa yang menegahnya...

gelak tawa yang selalu dibajai...

kering kegersangan...

hingga tawa yang dahulunya semanis kurma,

ibarat cuka kala ini..

semuanya lesu!!!


mungkin juga,

kita semua perlukan masa

bukan sekar mengubat hati,

malahan juga memuhasabah diri...

mungkin, kita juga adalah penyumbang

kepada permasalahan ini,



ya alllah,

kau satukanlah semua hati-hati kami,

sebagaimana kau menyatukan hati-hati kamu satu ketika dahulu,

terima kasih kerana pernah menghadiahkan mereka kepadaku.

satu ketika dahulu!

pinta agar nanti,

kau bawalah kamu menyusuri hari-hari yang mendatang

dengan cahaya redhamu....

agar nanti, jika aku tidak sempat untuk mengembalikan detik itu,

disaat sisa hidupku masih berbaki,

kau dapat memberiku peluang untuk bersama mereka lagi

di syurga nanti..

--------amin...amin.... ya rabbal a'lamin------

sahabat aizat

Thursday, July 8, 2010

UntukMu Teman

sahabat???

adakah kamu memiliki sahabat???

sahabat yang sentiasa ada di samping kamu setiap masa dan ketika?

sahabat yang sangat memahami kamu?

sahabat yang sanggup menitiskan air mata disaat melihat kamu terseksa?


jika ya, hargailah dia selagi masih disamping kamu, kerana jika dia sudah berlalu...

sukar untuk kamu mengembalikan moment yang pernah dilalui itu!


ia ibarat satu gubahan bunga! gubahan bunga hasil sentuhan kali pertama terlalu indah, tapi awas,

jika kita terlalu inginkan kesempurnaan, sehingga menggubahnya lagi buat kali kedua, ketiga

atau seterusnya,

ingatt!!!

ia tidak akan sekali seINDAH gubahan yang pertama tadi.


_ renungan bersama___ by ciey_irah basri ibrahim!_