Friday, July 9, 2010

kamu masih dihatiku

kawan....

di saat ini, hati seakan meronta,

terbayang di ruangan minda,

satu persatu, wajah-wajah,

mereka yang pernah digelar kawan...

dalam kamus hidupku,




seketika,

hati terpesona sendirian..

tatkala teringat senda dan gurauan,

yang melingkari ruangan hati satu ketika dulu...


tapi, kini....

semuanya seakan satu mimpi yang ngeri buat kita...

kerana 'perkara itu'....

semuanya sudah tawar bagi kita...

ku tahu,


kita semua masih sayangkan persahabatan ini,

tapi, ada jurang yang memisahkan kita...

kalamana, hati dahagakan belaian seperti dulu,

ada rasa yang menegahnya...

gelak tawa yang selalu dibajai...

kering kegersangan...

hingga tawa yang dahulunya semanis kurma,

ibarat cuka kala ini..

semuanya lesu!!!


mungkin juga,

kita semua perlukan masa

bukan sekar mengubat hati,

malahan juga memuhasabah diri...

mungkin, kita juga adalah penyumbang

kepada permasalahan ini,



ya alllah,

kau satukanlah semua hati-hati kami,

sebagaimana kau menyatukan hati-hati kamu satu ketika dahulu,

terima kasih kerana pernah menghadiahkan mereka kepadaku.

satu ketika dahulu!

pinta agar nanti,

kau bawalah kamu menyusuri hari-hari yang mendatang

dengan cahaya redhamu....

agar nanti, jika aku tidak sempat untuk mengembalikan detik itu,

disaat sisa hidupku masih berbaki,

kau dapat memberiku peluang untuk bersama mereka lagi

di syurga nanti..

--------amin...amin.... ya rabbal a'lamin------

sahabat aizat

Thursday, July 8, 2010

UntukMu Teman

sahabat???

adakah kamu memiliki sahabat???

sahabat yang sentiasa ada di samping kamu setiap masa dan ketika?

sahabat yang sangat memahami kamu?

sahabat yang sanggup menitiskan air mata disaat melihat kamu terseksa?


jika ya, hargailah dia selagi masih disamping kamu, kerana jika dia sudah berlalu...

sukar untuk kamu mengembalikan moment yang pernah dilalui itu!


ia ibarat satu gubahan bunga! gubahan bunga hasil sentuhan kali pertama terlalu indah, tapi awas,

jika kita terlalu inginkan kesempurnaan, sehingga menggubahnya lagi buat kali kedua, ketiga

atau seterusnya,

ingatt!!!

ia tidak akan sekali seINDAH gubahan yang pertama tadi.


_ renungan bersama___ by ciey_irah basri ibrahim!_

Thursday, July 1, 2010

I Misi life line for GAZA, mencuri tumpuan dunia.
















Tanggal 31mei 2010, tarikh keramat yang pastinya akan diingati oleh semua aktivis keamanan mahupun, ahli masyarakat yang mahukan keamanan serta pencinta kedamaian dan kemakmuran. Alhamdulillah, segunung syukur kepada allah s.w.t dipanjatkan kerana ternyata misi ini pada saya benar2 berjaya. Iya, mungkin ramai yang yang beranggapan bahawa misi ini tidak berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan, tapi pada saya misi ini tetap boleh dianggap BERJAYA.



Pada awalnya, saya mengetahui perkhabaran tentang misi ini apabila membacanya di akhbar, lalu pantas terpancul soalan kepada seorang teman yang mana turut membelek akhbar. ‘misi life line for gaza tue apa?, soalan yang serba ringkas diajukan dengan harapan agar sahabat saya akan menerangkan serba terperinci tentang misi tersebut. Dan akhirnya, dia benar2 tidak menghampakan saya. Setelah keterangan yang di beri benar2 memberi kefahaman kepada saya tentang serba sedikit motif misi life line for gaza 4 itu, dan tetiba jer timbul satu perasaan yang entah dari mana datangnya…. ‘bestnyer lau saya pun dapat join misi tue!!!” hehe.


Perkhabaran tentang misi tue tidak hanya tertumpu di situ, manakan tidaknya, seusai menunaikan solat fardu asar, pada tanggal 30mei, saya menerima masej daripada sahabat tadi, yang mana antara isi kandungan mesej itu menyatakan serba sedikit berkenaan misi LL4gaza ,dan juga menyatakan bahawa kapal mavi marvara yang dinaiki oleh sukerelawan berkemungkinan besar akan diserang oleh komando israel..jesteru itu juga orang ramai diminta supaya membuat solat hajat , berdoa untuk aktivis agar selamat, juga meminta jasa baik muslimin dan juga muslimat agar membaca qunut nazilah.

Keesokannya, saya mendapat satu lagi mesej tentang misi tersebut, ternyata rejim zionis telah menunjukkan belangnya kepada dunia! Maklumat yang sampai kepada saya menyatakan bahawa tiga orang sukarelawan dari turki telah terbunuh, dan 30 orang sukerelawan yang lainnya cedera. Berbakul-bakul sumpah seranah dari saya dan ayah yang tidak dapat mengawal emosi tatkala mendengar makluman tersebut, dan saya pasti, masih banyak bakul2 sumpah bahkan mungkin berlori2 sumpah seranah mengutuk rejim zionis itue dikirim oleh berjuta pencinta keamanan lain!!!


Ternyata apa yang terkandung dalam al-quran itu benar! Subhanallah….!!!, israel adalah golongan perosak di muka bumi!

Setelah beberapa ketika ditahan dan dipenjarakan, akhirnya khabar baik diterima oleh aktivis dari malaysia, apabila kesemua sukarelawan itu dibebaskan dan dibenarkan pulang ke tanah air. Dan kesemua dari mereka mendapat jolokan sebagai ‘wira negara”! ya, memang betul, mereka benar2 wira yang berjaya membuka mata dunia berkenaan kedurjanaan yang yang dicetuskan oleh israel! Israel, bukan hanya boleh mencederakan, atau lebih mudah disebut, MEMBUNUH, sesiapa sahaja yang dikehendaki, malah mereka akan membuat apa sahaja cara untuk mendapat apa yang dihajati!
Mana tidaknya, jika sukerelawan yang tidak mempunyai sebarang senjata diserang dengan tidak berperikemanusiaan pun turut diserang? kesemua sukarelawan itu hanya kesana atas dasar keprihatinan yang mendalam dan sifat kemanusiaan yang jitu, serta keazaman untuk menolong saudara seakidah dan untuk menolong rakyat palestin yang serba kekurangan akibat kerakusan israel yang terlalu mengimpikan palestin menjadi milik mutlak mereka, dan dengan sebab itu juga, bekalan makanan, ubatan dan tempat tinggal disekat oleh israel.


Saya tertarik dengan pengakuan salah seorang sukarelawan yang berkata, dengan erti kata lain bermaksud, penderitaan yang dialami oleh mereka, tidak dapat menandingi penderitaan hidup rakyat palestin!

Saya juga begitu terpesona akan keberanian perdana menteri turki yang mengugut kerajaan israel agar membebaskan tawanan ataupun, peperangan akan meletus. Ternyata israel bukanlah berani sangat, ini dibuktikan apabila mereka agak tergugat dengan ugutan itu. Dan juga berita gembira yang kita terima menyatakan bahawa kerajaan mesir juga telah membuka pintu masuk ke gaza di sempadan rafah. Moge nanti rakyat palestin akan mendapat manfaat daripada tindakan bijak daripada kerajaan mesir itu.
Dan sekarang, rakyat terus terusan mengutuk kekejaman israel, dan langkah yang bijak juga boleh diambil oleh kita semua dengan memboikot barangan daripada israel dan negara sekutunya. Tapi, malangnya, ada juga suara2 sumbang yang sampai ke telinga saya yang mempertikaikan kewajaran kita memboikot barang keluaran sang durjana tersebut?! Pada pendapat saya, sesebuah negara itu akan tempang sekiranya ekonomi negara itu tidak stabil. Dan jika kita mampu melumpuhkan ekonomi israel, dengan memboikot barangan keluaran israel dan sekutunya. Fikir2 kan lah!!!


Saya berharap agar misi life line for gaza akan terus diteruskan dengan kapasiti sukarelawan lebih banyak lagi! Dan, doakan saya agar turut sama kesana! Insyaalllah.