petang tadi, aku menghadiri sesi kuliah yang disampaikan oleh kakak. ringkas, padat dan maksimun impaknya kepada aku.
sesi tazkirah ini dibuat disalah sebuah madrasah usang di pinggir kota bharu. sayang, kami dimaklumkan bahawa madrasah ini hanyalah digunakan ketika musim terawih sahaja. mana perginya penduduk berhampiran kawasan ini ketika musim-musim selain musim terawih? sibuk mungkin?
tapi, sibuk sangatkah ahli masyarakat sehinggakan tidak dapat menjejakkan kaki ke surau? adakah musim terawi tidak sesibuk musim kebiasaan?
berbalik lagi kepada sesi tazkirah tadi, ustazah menerangkan berkenaan dengan tafsir surah (al-nahl-36) yang mana bermaksud:
"dan sesungguhnya kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : "hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut". maka diantara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu, mengembaralah kamu dibumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-Rasulnya"...
ustazah lebih menerangkan berkenaan dengan "thaghut"
allah mewajibkan semua hamba agar mengingkari thaghut dan beriman hanya dengan Allah. tauhid tidak akan sempurna melainkan seseorang hamba menolak thagut dengan sepenuhnya.
Ibnu al-Qayyim (I'lam al-Muwaqqi'in) berkata "Thaghut ialah perbuatan hamba yang melampaui batas, sama ada ia sembahan, yang diikuti atau yang ditaati. perkataan thaghut adalah pecahan daripada perkataan tughyan yang bererti melampai batas. jadi, setiap sesuatu yang melampaui batas adalah disebut thaghut!
so, jom kita sama-sama cheack dalam kehidupan kita seharian, dalam keluarga kita, atau mungkin sekali negara kita, adakah terdapat gejala-gejala seperti ini:
jika diukur dari definisi Ibnul Qayyim maka jelaskan thaghut terbahagi kepada lima iaitu:
1) iblis kerana ia adalah penyeru untuk beribadah sel;ain kepada Allah dan merupakan musuh yang nyata bagi manusia!
2) manusia yang berbangga pabila disembah dan diagung-agungkan.
3) golongan yang yang menyeru dan mengajak untuk menyembahnya dan menyembah ciptaannya serta mengikut nafsu.
4) orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib dan masa hadapan.
5) golongan yang berhukum selain daripada hukum Allah iaitu thaghut.
---------wallahu a'lam------
Tuesday, April 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment